KOR Sukarelawan Siswa/Siswi UPSI

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
KOR Sukarelawan Siswa/Siswi UPSI

Renovasi laman web Kor SUKSIS UPSI

E-mail Print PDF

Salam sejahtera kepada semua pengawai, jurulatih dan anggota Kor SUKSIS UPSI.

Sebagai makluman, renovasi lawan web Kor SUKSIS UPSI sedang dijalankan. Maka, cadangan daripada anda amat dialu-alukan untuk menambah baik laman web ini.

Sila memberi komen-komen anda dalam chatbox yang disediakan.

Segala cadangan akan dipertimbangkan.

Selain itu, sesiapa* yang berminat untuk mengurus dan menambah baik laman web ini, sila hubungi Tan (KS40090) atau menghantar emel ke korsuksisupsi@gmail.com .

Kerjasama anda amat dihargai.

Sekian terima kasih.

 

*Penyertaan anggota SUKSIS platun junior diutamakan.

 

Webmaster suksis.upsi.edu.my

KS40090

 

Last Updated on Sunday, 29 August 2010 20:55
 

Berita terkini dan aktiviti sepanjang sesi 2009/2010

E-mail Print PDF

 

Hari keluarga kor suksis dan majlis ramah mesra bersama JHEPA 10/04/2010


Program ini dimulakan dengan majlis ramah mesra bersama JHEPA pada pukul 9.00 pagi. Majlis ini diserikan dengan kehadiran para pegawai daripada JHEPA, pegawai latihan luar kor suksis merangkap penasihat Pasukan Gerakan Suksis, pegawai penyelaras, barisan jurulatih dan para anggota kor suksis. Objektif diadakan majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan para anggota kor suksis bersama JHEPA yang dianjurkan oleh Pasukan Gerakan Suksis. Semasa majlis ini dijalankan, para anggota diberi peluang untuk bertanya sebarang kemusykilan dan masalah yang berkaitan dengan pentadbiran  serta pengurusan di universiti. Selain itu, para anggota berpeluang untuk meluahkan setiap masalah yang terpendam dan mendengar sendiri jawapannya daripada pegawai dari JHEPA

Hari keluarga kor suksis pula dijalankan untuk mengeratkan lagi hubungan para anggota yang terdiri daripada 3 platun iaitu junior, inter dan senior. Berbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah sukaneka, futsal dan bola jaring. Kesemua aktiviti ini melibatkan semua anggota. Walaupun hanya diadakan pada tempoh sehari, kemesraan dan kesungguhan para anggota untuk menjayakan aktiviti ini amat memberangsangkan. Pada hari itu juga para anggota telah mengadakan gotong royong untuk memasak juadah makan malam. Antara masakan yang disediakan adalah nasi goreng, bihun goreng dan BBQ. Pada sebelah malamnya pula, para anggota dan jurulatih dihiburkan dengan persembahan yang dipersembahkan oeh para anggota daripada setiap platun. Bagi menghargai kejayan para anggota yang telah mengharumkan nama Suksis dan UPSi, satu anugerah khas telah disampaikan kepada saudara Izzudin. Anugerah khas untuk para jurulatih yang telah banyak bersusah payah selama ini juga telah disampaikan bagi mengenang jasa-jasa dan pengorbanan mereka selama ini.



Mesyuarat Agung Kor Suksis

Berlangsung pada 15 Februari 2010 di Dewan Kolej Ungku Omar. Majlis ini bermula pada pukul 8.00 malam dengan kehadiran Profesor Shahruddin. Turut hadir Tuan Najib bin Mohamed, Tuan Saiduri, Pegawai Penyelaras Kor Suksis, Tuan Ayob, jurulatih dan semua anggota Kor Suksis. Majlis ini adalah untuk melepaskan jawatan Exco Majlis Tertinggi Persatuan Gerakan SUKSIS (PGS) kepada exco baru. Majlis ini dirasmikan oleh Proffesor Sharuddin.



Majlis Raya dan Meraikan Pegawai Tauliah

Berlangsung pada 11 Oktober 2009 bertempat di Kafe KUO. Majlis ini bermula pada pukul 8.30 malam dengan kehadiran anggota Kor Suksis, Pegawai Tauliah, Jurulatih, Pegawai Penyelaras Tuan Ayob, Tuan Saiduri dan seterusnya diserikan dengan kehadiran Tuan Najib bin Mohamed. Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan Pegawai Tauliah. Tarian Zapin telah dipersembahkan sebagai upacara pembukaan majlis ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Najib. Tetamu dihidangkan dengan hidangan seperti lemang, nasi impit, rendang, soto, laksa, lontong dan pelbagai jenis kuih raya. Hidangan ini disediakan sendiri oleh anggota suksis bersama jurulatih. Seterusnya majlis diserikan dengan pertunjukkan fesyen daripada anggota suksis, pertandingan karaoke antara senior, inter dan junior dan juga pertandingan menganyam ketupat.


 

Majlis Suai kenal Junior SUKSIS

Berlangsung pada 15 Ogos 2009. Aktiviti ini bermula dari pagi dengan aktiviti poco-poco dan explorace yang melibatkan semua anggota junior, fasilitator yang terdiri daripada senior dan inter serta jurulatih. Majlis Suai Kenal ini berakhir dengan majlis penutup pada malam tersebut dengan persembahan daripada anggota junior seperti persembahan boria, tarian, dikir barat, sajak dan pertunjukan fesyen. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Najib.


 

Majlis Ramah Mesra dan Sesi Dialog Kor SUKSIS UPSI Bersama YDH Dato’ Pahlawan Ketua Polis Perak.

Berlangsung pada 13 Ogos 2009 bertempat di Dewan Kolej Zaba. Majlis ini berlangsung pada pukul 3.00 petang dengan kehadiran YDH DCP Dato’ Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan daripada YDH DCP Dato’ Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah. Seterusnya berlangsung sesi dialog antara anggota Kor Suksis dan YDH Dato’ Pahlawan Ketua Polis Perak. Pertanyaan diajukan daripada wakil anggota senior, inter dan junior.


 

Majlis Penyematan Pangkat Kehormat Komandan dan Timbalan Komandan Kor SUKSIS

height-alt: 11.25pt;">Majlis ini berlangsung pada 18 April 2009 bertempat di Auditorium. Majlis ini bermula pada pukul 8.30 pagi dengan kehadiran YDH DCP Dato’ Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah. Majlis penyematan pangkat Komandan Suksis iaitu Professor Dato’ Dr. Aminah bt Ayob dan Timbalan Komandan Suksis, Proffesor Shahruddin Abd Aziz.


 

Hari Keluarga Suksis

Berlangsung pada 4 April 2009 di Padang UPSI. Aktiviti ini berlangsung seawal 8.00 pagi bermula dengan persiapan tempat melibatkan anggota Suksis bersama jurulatih. Seterusnya perarakan masuk perbarisan anggota suksis yang telah dibahagikan kepada rumah putih, rumah biru, rumah hitam dan rumah kuning yang melibatkan semua anggota senior, inter dan junior. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Ayob. Seterusnya berlangsung aktiviti permainan seperti bola jarring, bola sepak, tarik tali, membuat tali terpanjang dan di akhiri dengan pertandingan mengutip sampah terbanyak. Pasukan yang memperoleh markah tertinggi dikira sebagai johan.

 

 

 

 

 

Last Updated on Saturday, 28 August 2010 23:17
 

Slide Show

Marilah bersembang :)