Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah UPSI
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi melalui surat bertarikh 25 Oktober 2017, telah memaklumkan Y.B. Menteri Pendidikan Tinggi bersetuju melantik Y. Bhg. Prof. Dr. Shaharudin bin Abd. Aziz sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Wakil Senat) yang baharu berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2017 hingga 14 Oktober 2020 atau tamat keahlian dalam senat atau yang mana terdahulu.