• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Aktiviti

Latihan Biro Tatanegara di Sg. Siput

 

Khamis – 19 Mei 2011

Seramai 79 anggota KOR SUKSIS menyertai Kem Asas Bina Negara di Kem Rekreasi Intan Suraya, Sg Siput, Perak. Peserta dikehendaki berjalan kira-kira sejam untuk sampai ke destinasi. Perkara pertama, ketua fasilitator menerangkan peraturan-peraturan kem dan yang paling mengejutkan peserta ialah peserta tidak dibenarkan tidur di dalam chalet yang disediakan. Selepas sesi perkenalan bersama para fasilitator dan para jurulatih, peserta dikehendaki menyerahkan segala barang-barang elektronik seperti telefon bimbit dan kamera kepada urusetia.

Peserta dikehendaki memasak sendiri makanan untuk makan malam. Pihak urusetia telah menyediakan barang masakan seperti beras, telur, sardin, ikan bilis, bawang, minyak dan garam. Semangat bersatu-padu dan kerjasama terserlah dikalangan peserta. Peserta lelaki menghidupkan api manakala peserta wanita memasak.
Pada sebelah malamnya pula, peserta mendengar ceramah yang berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Ternyata ceramah ini memberi sedikit ilmu berkenaan pilihanraya peringkat universiti.

Jumaat – 20 Mei 2011
Sejurus selepas menyiapkan diri, aktiviti senaman pagi bermula. Ceramah berkenaan Negara pula menyusul kemudian. Peserta didedahkan dengan kepentingan sebagai warganegara Malaysia untuk mempertahankan Negara.
Dengan menggunakan menu yang sama, peserta wanita dikehendaki memasak untuk makan tengah hari sementara peserta lelaki menunaikan solat Jumaat. Disebabkan masa yang tidak mencukupi, peserta wanita memasak dengan menggunakan dapur di dewan makan. Akibat dari tindakan tersebut, kesemua peserta didenda masuk ke dalam sungai sambil menikmati hidangan tengahari.
Kemudian, peserta dibahagikan mengikut kumpulan LDK masing-masing. Seperti biasa, sesi perkenalan dalam kumpulan bersama fasilitator. Sesi LDK ini lebih kepada perbincangan pendapat antara fasilitator dan peserta.
LDK di waktu malam pula melibatkan aktiviti kapal karam. Aktiviti ini sangat mencabar minda kerana peserta disuruh memilih 10 penumpang untuk diselamatkan sedangkan kesemua penumpang mempunyai hak untuk diselamatkan dan terus hidup.

Sabtu – 21 Mei 2011
Setelah selesai senaman pagi dan sarapan, peserta bersedia untuk aktiviti Explorace. Explorace ini berlangsung dari pagi hingga petang. Sepanjang aktiviti Explorace, di setiap check point, peserta dikehendaki menjawab soalan berkenaan Malaysia, Perlembagaan Malaysia dan lain-lain lagi. Peserta tidak terlepas dari didenda oleh fasilitator. Ada yang terpaksa memakan buah peria, akar bakawali, bawang, kopi masin dan telur mentah. Bermacam-macam adegan lucu berlangsung sepanjang Explorace tersebut.
Disebabkan letih melakukan aktiviti Exlorace seharian, pihak urusetia menyediakan makan malam istimewa dan rusa panggang kepada peserta.

Ahad – 22 Mei 2011
Peserta dikejutkan pada pukul 2 pagi. Seperti di kem-kem yang lain, malam terakhir selalunya diadakan ‘nightwalk’. Peserta berasa amat lega kerana sejam kemudian, ketua fasilitator mengumumkan tiada ‘night walk’ kerana keadaan yang tidak mengizinkan.
Senaman pagi dibatalkan dan peserta dikehendaki mencucibarang kelengkapan memasak. Sesi LDK diteruskan lagi dengan aktiviti Pulau Impian. Setiap kumpulan diberi tanah dengan keluasan tertentu dan dikehendaki membina negara impian masing-masing.  Setiap kumpulan haruslah mempunyai Perdana Menteri dan menteri-menteri lain yang betanggungjawab untuk memajukan negaranya. Setiap kumpulan harus membentang idea mereka dan sesi soal jawab bermula.
Sebelum makan tengahari, majlis penutup diadakan. Para fasilitator dan jurulatih mengharapkan agar peserta sedar kepentingan mempertahankan negara.

 

 



Slide Show

Marilah bersembang :)